disebabkan mereka,kedai terpaksa ditutup,jalan raya terpaksa ditutup dan keselamatan orang awam semua terancam.kalau betullah korang nak tunjuk perasaan,buatlah dengan cara betul dan jangan kasi susah kat orang lain.tolonglah jangan pentingkan diri sendiri.stadium banyak yang boleh digunakan nak kasi ceramah,tunjuk perasaan.paling aku tak boleh nak terima tu,orang-orang yang join tunjuk perasaan.pakaian kemain tutup aurat,berkopiah.boleh dikata alim ulamak?bila jumpa dengan mereka yang tak bertutup aurat,pandang negatif dan kemain lagi berkata-kata.seolah-olah orang tak bertutup aurat ni teruk sangat perangai berbanding mereka yang bertutup aurat, tapi bila aku tengok berita pasal reformasi tu,aku jadi pelik, ini ke betul-betul perangai orang yang dikategori sebagai alim atau mereka ni alim dari segi luaran?
seingat akulah,apa aku belajar dalam agama,aku rasa apa yang mereka lakukan ni tak sepatutnya berlaku.aku rasa tiada pun dalam pelajaran yang mengatakan kalau tak dapat apa yang kita nak, kita kene tunjuk perasaan dan menyusahkan orang lain.pendapat aku,aku rasa mereka semua yang join tu berpelajaran,tahu mana baik dan buruk tapi kenapa masih lakukan perkara-perkara macam ni?
siapa aku kalau nak dibandingkan dengan mereka semua.aku seorang dan mereka beribu.antara mereka yang beribu tu kenapa sorang pun tak terfikir pasal orang sekeliling, keluarga,negara dengan tindakan mereka lakukan.tak rasa malu ke?aku hanya luahkan apa aku rasa,minta maaf la kalau ada yang terasa.
4 comments:
oke pabila syrr berkata-kata~
:D
betul,takkan tak boleh berfikir?
kesian gila
pentingkan diri hmmmph!
maher:hahaha.bukan selalu syrr berkata-kata.hahaha
nazira:kan.orang ramai dapat susah and yet mereka masih fikir itu jalan yang benar.wth?
"antara mereka yang beribu tu kenapa sorang pun tak terfikir pasal orang sekeliling, keluarga,negara dengan tindakan mereka lakukan."
sebab deorg sume obses wif politik n selfish! benci btol org2 cmtu..
Post a Comment